Monday, November 17, 2014

Unlucky day.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi hujan lebat sangat tak berhenti langsung. Seronok je selimut. Taknak pergi kerja. Hukhuk.

Sampai tempat kerja dah lambat. Tapi tak apa. Bukan ada orang pun. Saya sorang aje kat sini. Hukhuk.

Lepas tu customer datang. Hmm complain kenapa namecard dia tulisan kecik? Dah memang design dia macam tu. Nak buat macam mana. Dia yang bagi macam tu, saya print aje lah. Lepas tu membebel 'Saya pun boleh buat kalau macam ni'. Hek Encik. Kan tak nak bayar upah designkan, terima aje lah. Dia ingat upah design tu macam mana? Asal bagi aje kat Words file tu dah kira design sendiri? Lepas tu suruh buat amendment pulak? Itu dah dikira saya yang design tu. PELIK.

Arghh serabut otak. Saya nak berhenti jugak. Tak kira! Bos ni sedap aje bercuti kat rumah. Dia memang lepas 100% dah. Tak peduli kedai pun. Tension betul. Saya tak kira dah. Mama marah pun saya nak berhenti jugak. Pening. Stress. Nak berniaga sendiri. Suka hati nak buat apa. Tak ada orang nak complain.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment