Thursday, September 11, 2014

Kawan

Assalamualaikum

Malam ni terasa nak taip blog sikit. Sebabnya malas nak tido lagi. Insomnia ni biasa lah bagi diri ni. Tadi petang dah telan nescafe 2 tin terasa diri ini segar. Hehe lama tak minum nescafe.

Sehari dua ni rasa rindu pulak zaman belajar dulu. Ah macam dah berzaman habis belajar. Tak sampai setahun pun lagi. Kerja pun takde. Menambah berat badan je kat rumah. Dah cari tapi mungkin takde rezeki Hasmiera lagi nak bekerjaya. Sabar sabar.

Malam ni nak cakap pasal kawan. Aku ada seorang kawan yang sangat aku sayang. Sangat baik dengan aku. Kami sentiasa bersama. Kat tempat baru aku start hidup baru. Mencari kawan baru untuk berkongsi suka dan duka.

Dan memang aku berkongsi segalanya. Aku anggap dia kawan baik. Tak pernah berkira sikit pun. Ke hulu ke hilir bersama. Dia mintak tolong aku tolong.

Tapi sedih. Hakikatnya aku seorang je anggap dia kawan baik. Rupa-rupanya dia tak seperti yang ku harapkan. Dia ada disisi aku setiap masa. Kenapa aku tak perasan semua itu?

Dan hakikat yang paling perit sekali adalah aku tahu berkenaan hal ini hampir setahun kemudiannya.

Ya Allah, sedih tak terduga. Terdiam aku. Kawan paling rapat boleh buat macam tu kat belakang. Kalau kawan yang lain lagi la tak pedulikan aku.

Memang aku takkan lupakan dia. Maaf boleh, lupa tak akan.

Ada si gadis cantik berkata. 

"Takpe lah. Ingat segala kebaikan dia. Nanti kuranglah marah tu. Biarlah dia buat macam-macam kat kita. Asalkan kita jangan jadi macam dia. Nanti kita pun setaraf dia. Sabar lah."

Terima kasih. Kata-kata dari seorang sahabat. InsyaAllah, persahabatan itu kekal. Hanya beberapa orang sahaja di hati sekarang. Yang lain, pergilah!

K bye!


No comments:

Post a Comment