Sunday, November 24, 2013

Little thought.

With Jima Baby :)

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tidak menulis, terasa rindu juga.
Hari ni seharian di rumah tidak berbuat apa hanya baring kerana demam yang melanda.
Semoga kesakitan ini membuang dosa-dosa kecil diriku yang banyak bermasalah ini.

Kehidupan seharian masih seperti biasa.
Masalah datang tak kira masa, tak kira waktu, tak kira ketika.
Hanya mampu bertahan untuk kesekian kalinya.

Biasalah hidup bukannya boleh lari dari masalah.
Kalau tak ada masalah, mungkin Allah sudah lupakan kita.
Dia berikan masalah sebab dia tahu kita sudah semakin jauh dariNya.
Semoga aku dapat harungi segala yang dihadapkan kepadaku.

Seperti biasa juga, semester akhir adalah yang paling mencabar.
Kerja bertimbun tapi hati dan perasaan malas menguasai.
Hanya mampu buat sedikit sebelum melencong ke arah movie.
Wahai perasaan, tetapkanlah hala tujumu.

Terima kasih kerana sudi menjadi tempat meluah perasaan.
Jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment